HC-SR04: Sensor Ultrasonic Untuk Mengesan Jarak Objek

HC-SR04 ultrasonic sensor merupakan sebuah sensor yang berfungsi untuk mengesan jarak sesuatu objek. Sensor ini beroperasi menggunakan konsep ultra-bunyi (ultrasound) dengan menghantar isyarat bunyi melalui pemancar dan menerima pantulan bunyi tersebut melalui penerima.

Denga mengambil kira tempoh masa yang diambil untuk menerima pantulan bunyi tersebut, jarak diantara sensor dan objek dihadapan dapat ditentukan menggunakan formula matematik.

Jom saksikan video dibawah yang menerangkan cara ultrasonic sensor beroperasi dengan lebih terperinci. (Kredit: How To Mechatronics)

Sensor ini amat sesuai digunakan untuk projek yang memerlukan bacaan jarak atau pengelak halangan (obstacle avoidance) seperti robocar. Selain model HC-SR04, terdapat juga versi aultrasonic sensor yang kalis air dan sering digunakan pada kereta sebagai “reverse sensor” iaitu model JSN-SR04T.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X