NodeMCU ialah sebuah mikropengawal ‘open-source’ yang didatangkan khas dengan ciri sambungan wifi. Dengan kata lain, mikropengawal NodeMCU ini boleh digunakan untuk projek-projek yang melibatkan sambungan wifi sama ada sambungan secara lokal mahupun terus ke ‘cloud’. Oleh itu, mikropengawal ini amat sesuai digunakan untuk membina projek berasaskan Internet on Things.
Jenis-jenis NodeMCU
Secara asasnya terdapat dua jenis NodeMCU yang sangat popular di kalangan penggemar hobi elektronik iaitu NodeMCU V2 dan NodeMCU V3. Namun, kedua-dua NodeMCU ini mempunyai fungsi, cara pengaturcaraan, dan chipset yang sama iaitu ESP8266.
Perbezaan paling ketara di antara kedua-dua NodeMCU ini adalah pada saiz rekabentuk dan chip pertukaran data USB-UART yang mana NodeMCU V2 menggunakan chip CP2102 manakala NodeMCU V3 menggunakan CH340g.
Pin Diagram NodeMCU
Berdasarkan gambar di atas, kita dapat lihat bahawa kedudukan pin pada NodeMCU V2 dan V3 adalah lebih kurang sama sahaja.
Bagaimana nak program NodeMCU
Terdapat beberapa cara untuk anda program NodeMCU ini dan cara yang paling mudah adalah menggunakan software Arduino IDE. Tapi sebelum itu, anda perlulah membuat sedikit langkah pemasangan firmware ESP8266 pada software Arduino IDE.
Apa yg NodeMCU boleh buat
Antara projek popular yang sering dibina menggunakan mikropengawal NodeMCU adalah projek berkaitan Internet of Things seperti sistem ‘smart home’, ‘smart garden’, dan macam-macam lagi. Jom saksikan bagaimana mamat dalam video di bawah ini membina sistem Smart Home menggunakan NodeMCU!
Jika anda berminat untuk membina sistem internet of things anda sendiri menggunakan mikropengawal NodeMCU, boleh lah dapatkan NodeMCU anda di link yang disediakan di bawah ini 🙂 Sampai di sini sahaja artikel untuk kali ini. Selamat mencuba!